Search This Blog

Thursday, December 17, 2009

Aku & Tukang Kunci

16hb  Disember 2009

Jam 12.30tghr after lunch aku singgah kat satu2nya kedai kunci yang ada kat area Bandar Seri Iskandar,Perak. "Kedai Basikal & Kunci" @ Taman Maju,Seri Iskandar.Nak duplicate kunci sebelum return balik KL kul 3ptg nya.

Masuk je kat kedai tu aku nampak sorng PakCik umur dalam 60++ tgh repair basikal buruk. Tokey kedai agaknya. Aku pun bagi salam and tunjukkan kunci umah n office yg aku nk duplicate. Dia pun jawab salam and terus bagi kunci tu kat isteri dia untuk duplicate , may be sbb tangan dia kotor agaknya masa tu.

Lepas menunggu dalam 5minit mcm tu, makcik tu pun bwk 3 anak kunci yg dh siap duplicate. Then dia pun start berborak dgn aku pasal kunci...

Both of them husband and wife dh bertahun bukak kedai kunci and basikal tu. So mmg dh expert psl selok belok kunci ni. Katanya, dalam satu fasa or taman perumahan biasanya ada 2 atau 3 kunci yg lebih kurang sama. Thats why better kita pakai xtra "exclusive" lock mcm lock dgn pin number or solex. Kunci yang developer bg je mmg x cukup. Kdg2 mat2 rompak ni mmg dh ade master key yg boleh bukak semua rumah dlm satu taman coz dia dh tahu standard design kunci yg developer bg...so dia akan design master key dgn mcm2 lekok dalam satu kunci.

Tapi apa yg menarik aku nk share kat sini, makcik tu pesan kat aku,mcmmana "canggih" pun kunci yg kita beli, mcmana "mahal" pun sekuriti sistem yang kita pasang...KUNCI yang paling selamat...InsyaAllah, doa, yakin dan tawakal setiap kali kita keluar rumah agar Allah sentiasa melindungi rumah kita dari diceroboh masuk atau dilaknat orang.Salah satunya,offcourse amalkan baca ayat kursi sebelum keluar rumah dan bila nk kunci umah tu baca dalam hati "Bismillahitawakkaltu Allallah".

May be kita semua pun dh sedia maklum benda tu, tapi aku tabik dengan makcik tu...walaupun hanya tukang kunci, adakalanya keyakinan yang diletakkan kpd Allah s.w.t jauh lebih berkesan dari kita yang berplejaran tinggi ni. Sama2 renungkan, wallahua'alm...Thank You makcik..(lupa lak nk tanya nama)... ;)

Saturday, December 5, 2009

Interpritasi Aku 1..

Aku suka mencari kawan
walau kadang2 tak putus2 datangnya lawan...


Aku tak mudah Menyakiti
walau adakalanya sering disakiti..

Aku benci untuk Mendengki
Kerana tak mau kufur dengan nikmat Illahi...

Tapi Adakalanya Aku terlalu peka
hingga menjaga hati sendiri aku terleka..

...Berakhirnya satu "PENANTIAN"






Alhamdulillah, hari ni 5 Dis 2009...Jam 9.30am,lori AST logistic dh ter"Parking" kat depan rumah aku @ Kota Samarahan ni. 2 org pekerja + aku. Macam nak patah pinggang jugak lah aku join mengemas dengan diaorg.Tepat jam 4.00pm, abis clear semua brg satu umah diangkut masuk kontena.Total time (6jam++) Hmm...Licin!! "Macam kepala bapak mertua aku"...


Sedih & happy bercampur baur, aku pun tak tau kenapa aku nak sedih, padahal selama 3thn, ini lah waktu yang aku nanti2kan.Bila tengok barang bertimbun tadi,ttba terigt pulak masa baru sampai kat sini 3 tahun lepas (3 Jan 2007), Terbang ke Kuching sehelai sepinggang, brg yg ada pun ciput sampaikan ble muat sumbat dalam keta. Sekali bila nak balik semenanjung..amik ko, satu lori! Jgn igt org je beranak, barang pun beranak. Itu nasib baik barang bujang, klu dah ada anak..bukan brg, dgn lori2 kontena sekali beranak! hehe ;)

Nak dekat sebulan jugak aku mengkotak katik kan brg2 tu, tp sikit2 la.So bila tgk umah dh clear ni, fuh, legaaa hengat!Maka settlelah satu task dlm hidup aku.Sedih jugak bila pindah sorg2 ni..huhu, tp nk buat mcmane..nk import assistant, tiket flight mahal la plak bulan ni...mau pancit budget aku!
To mak & abah, 10 Disember 2009, InsyaAllah...I'm back for you...No turning back! Yeah! So, next episode will begin..15 Disember 2009...tungguuu!!