Search This Blog

Thursday, December 17, 2009

Aku & Tukang Kunci

16hb  Disember 2009

Jam 12.30tghr after lunch aku singgah kat satu2nya kedai kunci yang ada kat area Bandar Seri Iskandar,Perak. "Kedai Basikal & Kunci" @ Taman Maju,Seri Iskandar.Nak duplicate kunci sebelum return balik KL kul 3ptg nya.

Masuk je kat kedai tu aku nampak sorng PakCik umur dalam 60++ tgh repair basikal buruk. Tokey kedai agaknya. Aku pun bagi salam and tunjukkan kunci umah n office yg aku nk duplicate. Dia pun jawab salam and terus bagi kunci tu kat isteri dia untuk duplicate , may be sbb tangan dia kotor agaknya masa tu.

Lepas menunggu dalam 5minit mcm tu, makcik tu pun bwk 3 anak kunci yg dh siap duplicate. Then dia pun start berborak dgn aku pasal kunci...

Both of them husband and wife dh bertahun bukak kedai kunci and basikal tu. So mmg dh expert psl selok belok kunci ni. Katanya, dalam satu fasa or taman perumahan biasanya ada 2 atau 3 kunci yg lebih kurang sama. Thats why better kita pakai xtra "exclusive" lock mcm lock dgn pin number or solex. Kunci yang developer bg je mmg x cukup. Kdg2 mat2 rompak ni mmg dh ade master key yg boleh bukak semua rumah dlm satu taman coz dia dh tahu standard design kunci yg developer bg...so dia akan design master key dgn mcm2 lekok dalam satu kunci.

Tapi apa yg menarik aku nk share kat sini, makcik tu pesan kat aku,mcmmana "canggih" pun kunci yg kita beli, mcmana "mahal" pun sekuriti sistem yang kita pasang...KUNCI yang paling selamat...InsyaAllah, doa, yakin dan tawakal setiap kali kita keluar rumah agar Allah sentiasa melindungi rumah kita dari diceroboh masuk atau dilaknat orang.Salah satunya,offcourse amalkan baca ayat kursi sebelum keluar rumah dan bila nk kunci umah tu baca dalam hati "Bismillahitawakkaltu Allallah".

May be kita semua pun dh sedia maklum benda tu, tapi aku tabik dengan makcik tu...walaupun hanya tukang kunci, adakalanya keyakinan yang diletakkan kpd Allah s.w.t jauh lebih berkesan dari kita yang berplejaran tinggi ni. Sama2 renungkan, wallahua'alm...Thank You makcik..(lupa lak nk tanya nama)... ;)

No comments:

Post a Comment